Paus Paus Fransiskus

Kardinal Bergoglio dipilih sebagai paus pada 13 Mac 2013. Beliau memilih nama "Francis" untuk menghormati St. Francis dari Assisi.[9] Hanya selepas beliau dipilih, Francis memberitahu akhbar bagaimana beliau memilih nama yang baru:

"Biar saya beritahu anda satu cerita," katanya. Beliau kemudian [menjelaskan] bagaimana semasa pengundian paus 2013 dan beliau telah duduk di sebelah Cardinal Cláudio Hummes dari Brazil, yang beliau anggap seorang "rakan baik." Selepas pengundian, Cardinal Hummes "memeluk saya, beliau mencium saya dan beliau berkata, 'Jangan lupa pada golongan miskin!' Dan ayat ini masuk ke sini," kata paus, menunjuk kepada hatinya. "Saya berfikir tentang peperangan, ketika pengundian masih dijalankan, walaupun semua undi," katanya ... " dan Francis ialah lelaki yang memberikan keamanan. Dan ini adalah cara nama datang ke dalam fikiran dan hati saya: Francis dari Assisi."[10]

Walaupun kedua-dua ibu bapa Franciscus berketurunan orang Itali, beliau merupakan Paus pertama yang dilantik dalam kalangan paderi dan kardinal bukan Eropah yang pertama sejak Paus Gregorius III,[11] seorang paderi kelahiran Syria pada abad ke-8.

Beliau merupakan paus pertama untuk bercakap semasa sesi Kongres Amerika Syarikat dalam lawatan beliau ke negara tersebut pada 24 September 2015.[12]

Rujukan

WikiPedia: Paus Fransiskus http://www.cbc.ca/news/canada/sudbury/story/2013/0... http://popefranciswakeup.believedigital.com/ http://www.buzzfeed.com/lesterfeder/pope-francis-b... http://www.cantualeantonianum.com/2013/03/miserand... http://www.cnn.com/2013/12/11/living/time-person-o... http://www.gmanetwork.com/news/story/299168/news/w... http://www.heraldmalaysia.com/news/temubual-terbar... http://www.infobae.com/notas/525351-Para-Bergoglio... http://worldnews.nbcnews.com/_news/2013/03/13/1729... http://worldnews.nbcnews.com/_news/2013/03/20/1738...